Posts

Showing posts from November, 2017

Kisah Empayar Jutaan Ringgit Bermula Dengan Sebuah Basikal

Image
DITERBITKAN OLEH : HILMI Ramai tidak tahu jenama Jakel ini syarikat Melayu dan dimiliki sepenuhnya bumiputera. Diasaskan oleh Mohamed Jakel bin Ahmad pada Januari 1983 di Muar, Johor. Siapa menyangka perniagaan kecil-kecilan akan menjadi sebuah empayar yang menerajui industri tekstil di Malaysia. Kini Jakel telah diambil alih oleh Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel yang juga merupakan anak kepada pengasas Jakel sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Berikut merupakan kisah jerih perih beliau bersama ahli keluarga yang lain mengembangkan syarikat milik bapa mereka itu. Jakel Mall Assalamualaikum dan mohon izinkan saya bercerita serba sedikit latar belakang syarikat saya. Founder jakel adalah Mohamed Jakel bin Ahmad dan lahir di Muar 1941. Pada tahun 1980 bisnes ayah terpaksa di tutup di jalan maharani di muar kerana owner kedai ambil balik kedai tersebut. Dan ayah menjual baju-baju dan pakaian di estet dengan menaiki basikal selama 3 tahun dan nasib ayah kurang

VIRAL : Kebaikan Atau Keburukan ? Anda Ada Jawapannya

Image
DITERBITKAN OLEH : AZ AZMI Jangan Hanyut === . Saya menyeru kawan-kawan FB, untuk tidak hanyut dibuai ombak viral. . Perasan tak, akan sentiasa ada isu baru yang viral. Yang buat kita terkinja-kinja ikut sama komen balas dan kutuk-mengutuk dan troll dan sebagainya. . Jangan hanyut, kawan! Fokus pada kerja kita. Tulis ‘report’ hasil kerja kita di FB berbanding ikut sama komen viral. Mungkin sahaja rakan-rakan FB sekarang akan kutuk lepas itu menyepi. Tapi percayalah, mereka akan diganti dengan rakan baru yang mengikuti dan menyokong rapi. . Jangan diusung perangai viral dan troll atas kisah-kisah yang kotor dan hina. . Jangan terpedaya dengan media picisan dan isu tempelan. . Tak perlu ‘betulkan’ dan ‘tegur’ kesalahan pada isi viral itu. Rate Serendah RM0.06 sen Tak perlu komen juga. Bukannya mereka yang buat salah itu dengar dan mahu mengaku. . Fokuslah pada perkara yang lebih besar: improve diri sendiri, dan bahagiakan keluarga. . FOKUS! . Ini pesan Izwan kepada R

Inspektor Polis Separuh Bogel Di Tangkap Dalam Tandas Wanita

Image
DITERBITKAN OLEH : HILMI Seorang inspektor polis di temui dengan hanya memakai seluar dalamnya di dalam tandas wanita di sebuah pusat membeli-belah di Alor Star, Kedah. Lelaki yang berusia 32 tahun itu juga di tahan kerana memiliki serbuk kristal yang di syaki sebagai syabu seberat 0.62 gram. Sebuah unit kereta peronda polis telah di kerahkan apabila berlaku kekecohan yang di laporkan oleh orang awam. sumber- kosmo.com Pihak polis yang sampai dalam pukul 12.30 tengah hari terkejut apabila menemui seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel. Suspek ditahan serta-merta. “Ujian air kencing dilakukan terhadap lelaki itu menunjukkan hasil yang positif methamphetamine” Ujar Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusof. “Kami masih menyiasat bagaimana dan mengapa lalaki tersebut di jumpai dalam keadan sedemikian di dalam tandas tersebut” Tambah beliau. Sementara itu, satu video tentang insiden tersebut telah tular di media sosial sejak pagi isnin lagi. Di dalam video itu,

KERETA TANPA PEMANDU : Revolusi Baru Teknologi

Image
DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Sewaktu kita darjah satu, darjah dua dan darjah tiga, sewaktu kelas pendidikan seni dan guru menyuruh kita lukiskan imaginasi kita berkenaan wawasan 2020, pasti kita akan melukis kereta terbang! Kini, pada 2015, tahun 2020 hanya tinggal lagi lima tahun dan kemungkinan besar untuk kita melihat kereta terbang seperti dalam filem  Back To The Future II  tidak akan menjadi kenyataan. Walaubagaimanapun, perkembangan teknologi yang ada pada hari ini telah menemui satu kaedah pemanduan automatik, iaitu pemanduan tanpa pemandu. Pada awal tahun ini, satu syarikat telah menjalankan ujikaji kembara kereta tanpa pemandu. Delphi, sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom telah mengubahsuai sebuah Audi Q5 SUV  untuk menempuhi kembara tanpa pemandu dari barat ke timur laut Amerika Syarikat. Perjalanan ini mengambil masa Sembilan hari, bermula 22 Mac 2015, dan menempuh 5471km dengan jayanya. Merentas 15 negeri, pemanduan ini adalah au

Bahaya Minuman 3-in-1 Yang Perlu Anda Tahu

Image
DITERBITKAN OLEH : HILMI Ramai yang belum menyedari yang setiap pek minuman 3-in-1 itu mengandungi lebih dari 3 sudu gula. Bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g). Dan rakyat Malaysia secara purata pengambilan gula sebanyak 24 sudu dalam sehari! Berikut merupakan perkongsian yang cukup penting untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia. Peringatan sahaja.. kebenarannya terpulang kepada anda sendiri menilainya. Saya minum juga nescafe, tapi bukan 3 in 1 dan jarang-jarang sekali. Kawan-wakan yang suka minum Nescafe..nah ini dia Keburukan Nescafe 3 in 1. Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang. Kawan saya (dah arwah)… dari usia muda… pagi nescafe…2 X.. petang nescafe…2X… malam nescafe…2X… depan mata saya… bangun dari kerusi … kaki dia terus patah…tulang dia reput… Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan. Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh se

Gaji Lima Angka, Tapi Tiada Duit? Urus Kewangan Anda Dengan Bijak!

DITERBITKAN OLEH : IZZ Ramai orang boleh buat duit tapi ramai orang tak tahu bagaimana nak uruskan duit. Ada orang yang jadi hamba duit, ada orang yang hidupnya huru hara kerana duit. Duit tak bersalah, tapi kita yang tiada ilmu pengurusan duit yang menyebabkannya berlakunya ketiadaan duit pada hujung bulan. Ikuti coretan seorang lelaki muda, Tuan Mohd Syafie melalui laman Facebook beliau tentang pengurusan kewangannya. Saya berpendapatan 5 angka sebulan pada usia 23 tahun tetapi tidak berduit. Dan ini 7 pengajaran celik kewangan yang boleh saya kongsikan. Selepas menamatkan pengajian di Universiti, kerjaya saya bergerak dengan cepat ke atas tangga korporat. Pada usia 23 tahun saya ditawarkan untuk bekerja di Saudi Arabia dengan pendapatan 5 angka sebulan. Saya bekerja di Bank Al-Jazira sebagai Eksekutif Aktuari dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Pengurus. Hidup saya boleh dikatakan selesa di sana. Saya melakukan aktiviti menyelam setiap minggu den

Sembilan Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan

Image
DITERBITKAN OLEH : FAIZAL DELI Sembilan Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan. Cantik Nukilan Ini Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki da

EKSLUSIF: Isteri Berstatus Dato Seri Tampil Mendedahkan Tabiat Buruk Suami Yang Menggunakan Nama dan Kelebihan Isteri Untuk Perdaya Wanita Lain

DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Ikuti Pendedahan Ini Untuk Peringatan Terutama Bagi Wanita.  Sebenarnya saya tak sangka hidup saya mcm ni. Mungkin satu hari nanti saya akan ceritakan sebagai pengajaran mahupon sempadan kepada uolss. Menempuhi kehidupan dengan seorang lelaki yang sentiasa di bawah pengaruh dadah syahbu, eramin 5, ubat batok bukan mudah. Dia mampu jadi seorang yang sangat romantik. yang sangat sedih. yang sangat ganas. yang sangat berbudi bahasa. yang sangat kemas, yang sangat kotor, yang sangat bijak, yang sangat bodoh dalam satu2 masa. Saya bukan pakar masalah sosial. saya bukan pakar dadah. perjalanan hidup mata hati dibukakan sejak 2014 buat pertama kalinya saya melihat jenis – jenis dadah depan mata. Tanpa pengalaman saya tak tahu menilai perkelakuan orang yang dibawah pengaruh dadah. sehingga saya terlalu ber emosi dan hampir nak gila kerana melayan kerenah orang yang dibawah pengaruh dadah. As what we know. saya insan yang penuh

10 IDEA KERAJAAN BOLEH KURANGKAN BELANJA PENTADBIRAN : Idea Yang Boleh Buat Rakyat Tidak Kisah Tentang GST

DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT 1. Utilize 80-100% penggunaan ruang pejabat yang cantik-cantik di seluruh Malaysia. Pejabat saya dalam satu ruang 1000 kaki persegi boleh muat 20 orang DENGAN SELESA. Tetapi 1000 kaki persegi dalam pejabat kerajaan boleh letak 4-5 orang. Bilik pengarah pun dah sampai 1000 kaki persegi. 2. Utilize kemudahan yang ada dalam bangunan kerajaan tak perlu ke hotel. Malah boleh buat business sewaan ruang dewan dan kelas secara serius (sekarang ada juga cuma kurang serius). 3. Menteri dan Perdana Menteri boleh rancang perjalanan dengan baik supaya tidak perlu penggunaan jet kerajaan yang terbang untuk angkut seorang pemimpin dan keluarganya. Perjalanan darat boleh kurangkan rider. 4. Kurangkan lawatan luar negara oleh pihak penjawat awam terutama yang pangkat tinggi yang suka melawat tapi balik tak buat apapun. Jika tiada perubahan selepas balik dari lawatan elok lain kali tak perlu benarkan mereka melawat lagi. 5. Seri Perdana dan

Pasaran Hartanah Akan Merudum Teruk Pada Tahun 2018, Kata Pakar

Image
DITERBITKAN OLEH : FAIZAL DELI PETALING JAYA: Pasaran hartanah akan hadapi kesukaran pada tahun hadepan dengan pemaju dan pemilik rumah menghadapi salah satu masa yang paling sukar untuk mencari pembeli, kata seorang veteran hartanah. Ernest Cheong berkata ia boleh membawa kepada penurunan harga kerana pengguna tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk memiliki rumahdan ada juga mereka ada yang gagal untuk membayar ansuran bulanan mereka. “Panik (dalam kalangan pemaju dan pemilik rumah) mungkin bermula selepas Tahun Baru Cina pada bulan Februari atau sebelumnya lagi jika kerajaan memutuskan untuk menyalurkan wang untuk mengukuhkan pasaran,” katanya kepada FMT. Beliau menjawab satu kenyataan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lee Chee Leong yang berkata unit kediaman yang belum terjual meningkat sebanyak 40% kepada 20,807 unit pada separuh pertama tahun 2017 berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Lee berkata unit itu bernilai RM12.26 bilion dengan kondominium dan pangs

Bakal Usahawan Muda Dalam Bidang Pengangkutan Awam

Image
Fakta tentang Ikram Express, pengusaha beliau Zaiful Ikram Abdul Kadir, 28. Pada usia muda ini, perniagaan beliau yang memberi pulangan ribuan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian sendiri. Memiliki beberapa biji buah bas yang kos mencecah jutaan ringgit, berserta kos penyelenggaran bulanan mencecah puluhan ribu ringgit. Menurut sumber, beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. Setelah menamatkan kariernya sebagai penjawat awam. Pelbagai bidang perniagaan beliau ceburi. Ketika itu pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh termasuk beliau dianiaya oleh rakan kongsi beliau sendiri. Dengan masalah kewangan yang dihadapi ketika itu, beliau terpaksa menjual kereta beliau kerana tidak mampu menanggung hutang, malah sebuah lagi terpaksa diserahkan kepada bank. Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, Ketika itu, beliau bersama-sama dengan dua la

Honda Malaysia Tawar 50% Diskaun Baik Pulih Kenderaan Terlibat Banjir

Image
DITERBITKAN OLEH : HILMI Minggu lepas negara telah di kejutkan dengan satu tragedi banjir yang paling teruk pernah di rekodkan di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, tragedi itu  juga menyebabkan semua lapisan masyarakat telah berganding bahu untuk menghulurkan kepada mangsa banjir yang terlibat. Baru-baru ini, pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) telah mengumumkan yang akan mendermakan duit kemenangan Piala Malaysia untuk mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir. Selangor juga dilaporkan telah menghantar 183 orang sukarelawan untuk membantu mereka. Kini, syarikat gergasi Honda Malaysia juga turut turun padang untuk membantu mangsa banjir. Dalam satu pengumuman yang telah di keluarkan dalam Facebook rasmi  Honda Malaysia,  mereka menyatakan akan memberikan 50% diskaun kepada pelanggan mereka yang terlibat dalam bencana alam itu. JIka kenderaan anda terlibat dalam banjir, Hoonda Malaysia telah menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan d

Perbualan Si Anak Dengan Ayahnya Dalam Tandas Yang Mencuit Hati

Image
DITERBITKAN OLEH : AZ AZMI Saya nak share satu kisah lucu yang suami saya alami tadi. Sebab saya rasa semua bapak-bapak yang ada kecil, akan boleh relate dengan kisah ni. So jangan lupa kongsi dengan suami masing-masing lepas baca k  ! Kisah ini berlaku di washroom lelaki di dalam Aeon Mall.  Masa suami saya tengah “ melaksanakan hajat di hati ” di dalam salah sebuah bilik jamban di situ  , tetiba dia terdengar satu perbualan seorang anak kecil dengan bapanya di bilik jamban sebelah. Rate Serendah RM0.06 sen Anak: Papa, papa nak buat apa papa? Bapak: Nak berak. Anak: Kenapa papa buka kasut papa? Bapak: Supaya senang nak buka seluar. Anak: Kenapa kena buka seluar papa? Bapak: Sebab nak berak. Anak: Kenapa kalau nak berak kena buka seluar papa? Bapak: Hmm.. Kejap lah papa nak berak ni. Anak: Oh ok. Lepas 5 saat– Anak: Kenapa kalau nak berak kena buka seluar papa? Bapak: Supaya seluar tak kotor. Dah papa nak berak kejap laa. Anak: Oh o

Kenapa Saya Berkahwin Dengan Gadis Morocco

Image
DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR PENGALAMAN SAYA BERKAHWIN DENGAN GADIS MOROCCO. 1. Isteri saya seorang gadis Morocco. Umur 27 tahun. Kami tinggal di Msia sebaik saja saya menikahinya. Beza usia dgn saya hampir 15 tahun. Di Morocco, gadis berkahwin pada usia 27 tahun dikira sudah lewat. Secara purata mereka berkahwin pada usia 21 hingga 25 tahun. 2. Mereka bermazhab Maliki. Batal air wudhuk tidak sekerap kita yang bermazhab Syafie. Ini kerana di sana kurang air. Bapa mertua saya amat hairan bila tgk saya kerap mengambil wudhuk semasa saya di sana. 3. Gadis Morocco boleh dikatakan daripada 10 org, 8 daripadanya jelita. Sesetengahnya bermata biru. 4. Saya membelanjakan hanya RM4000 untuk melangsungkan perkahwinan di sana. Jika saya buat majlis makan-makan sempena perkahwinan di sana pun, saya hanya perlu belanjakan RM10,000 sahaja. Jauh lebih jimat berbanding di Malaysia. 5. Gadis Morocco sebenarnya berminat juga dengan jejaka luar. Ini kerana jejaka Morocco jeni

KEADILAN BAJU BESI : Khalifah Sayyidina Ali r.a Dan Lelaki Yahudi

Image
DITERBITKAN OLEH : AZ AZMI KISAH SAYYIDINA ALI DAN LELAKI YAHUDI Satu kisah menarik seorang Yahudi telah masuk Islam setelah dia mendapati Islam menyuruh umatnya bersikap adil, terutama seorang hakim yang mengadili antara dua orang yang bersengketa, mestilah bertindak adil tanpa berat sebelah walaupun hukuman yang hendak dijatuhkan itu melibatkan seorang khalifah atau ketua negara. Saiyidina Ali ibnu Abi Talib k.w seorang Khalifah Islam yang ke-4 sesudah wafat Rasulullah s.a.w tergolong sebagai khulafa’ Rasyidin.Beliau adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan juga menantu kepada baginda.Beliau memerintah Madinah pada tahun 35 hingga 40 hijrah bersamaan 656 hingga 661 masihi. Baju besi khalifah Saiyidina Ali telah hilang didalam peperangan Siffin,beberapa hari kemudian Ali melihat baju itu dipakai oleh seorang Yahudi. Ali minta baju itu dipulangkan kepadanya. “ Ini milik saya”, kata Saiyidina Ali.” Tidak baju itu milikku sejak dulu”. Jawab Yahudi. Keduanya-duanya bertengkar