Bakal Usahawan Muda Dalam Bidang Pengangkutan Awam



Fakta tentang Ikram Express, pengusaha beliau Zaiful Ikram Abdul Kadir, 28.
Pada usia muda ini, perniagaan beliau yang memberi pulangan ribuan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian sendiri. Memiliki beberapa biji buah bas yang kos mencecah jutaan ringgit, berserta kos penyelenggaran bulanan mencecah puluhan ribu ringgit.
Menurut sumber, beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik. Setelah menamatkan kariernya sebagai penjawat awam. Pelbagai bidang perniagaan beliau ceburi. Ketika itu pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh termasuk beliau dianiaya oleh rakan kongsi beliau sendiri. Dengan masalah kewangan yang dihadapi ketika itu, beliau terpaksa menjual kereta beliau kerana tidak mampu menanggung hutang, malah sebuah lagi terpaksa diserahkan kepada bank.
Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, Ketika itu, beliau bersama-sama dengan dua lagi abang beliau yang membantu. Ketika itu beliau hanya ada dua orang yang mengendali dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas dua bulan bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.
Pada Jun 2017 Ikram Express wujud di jalan raya dan perjalanan perniagaan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan, perniagaan beliau menjadi semakin berkembang. Daripada seorang pekerja, Ikram kini mempunyai hampir 20 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Kampung Kota, Ikram Express kini ada bangunan sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah ribuan ringgit.

Wisma yang terletak di Taman Bendahara, UMK itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau. Ikram bukan sahaja berhasrat menambah jumlah buah bas dan meneroka semua laluan yang ada, tetapi juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di Malaysia.


Ia selari dengan hasratnya – mahu mengubah persepsi bahawa penggunaan bas ekspres bagi perjalanan jarak jauh adalah lebih menjimatkan dan selamat. Semoga Ikram Express mampu memacu bidang pengangkutan awam Malaysia selaras dengan syarikat yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Inilah Dia Wajah Pengasas Gula-Gula Hacks Dengan Jus Sunquick

49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary, Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan

Inspektor Polis Separuh Bogel Di Tangkap Dalam Tandas Wanita