Inspektor Polis Separuh Bogel Di Tangkap Dalam Tandas Wanita


Seorang inspektor polis di temui dengan hanya memakai seluar dalamnya di dalam tandas wanita di sebuah pusat membeli-belah di Alor Star, Kedah.
Lelaki yang berusia 32 tahun itu juga di tahan kerana memiliki serbuk kristal yang di syaki sebagai syabu seberat 0.62 gram. Sebuah unit kereta peronda polis telah di kerahkan apabila berlaku kekecohan yang di laporkan oleh orang awam.
sumber- kosmo.com
Pihak polis yang sampai dalam pukul 12.30 tengah hari terkejut apabila menemui seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel. Suspek ditahan serta-merta.
“Ujian air kencing dilakukan terhadap lelaki itu menunjukkan hasil yang positif methamphetamine” Ujar Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusof.
“Kami masih menyiasat bagaimana dan mengapa lalaki tersebut di jumpai dalam keadan sedemikian di dalam tandas tersebut” Tambah beliau.
Sementara itu, satu video tentang insiden tersebut telah tular di media sosial sejak pagi isnin lagi.
Di dalam video itu, seorang wanita mendakwa yang lalaki tersebut telah mengambil gambarnya ketika di dalam tandas.
Semoga kes ini dapat di selesaikan dan pihak yang terlibat menerima hukuman yang setimpal.

Comments

Popular posts from this blog

Inilah Dia Wajah Pengasas Gula-Gula Hacks Dengan Jus Sunquick

49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary, Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan