Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) Sasar Perluas Operasi Perkapalan


Sebuah syarikat yang bertapak di Kuala Lumpur iaitu Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) yakin mampu menembusi pasaran global terutama dalam sektor perkapalan tanpa terlalu bergantung kepada kontrak tempatan semata-mata.
Pengarah Urusannya, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, berkata keyakinan itu susulan peluasan operasi BHIC, khusunya melalui usahasama dengan sebuah syarikat China untuk kontrak permbekalan kapal misi pesisir (LMS) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membabitkan peruntukan RM1.17 bilion.
“Kita diberi peluang oleh kerajaan sebagai antara syarikat peneraju melalui pemberian kontrak bernilai tinggi, namun kita tak mahu terus berharap kepada pasaran tempatan.
“BHIC ada sasaran tersendiri, di mana sasaran kita untuk memasarkan produk bukan sahaja di negara serantau, tetapi mungkin ke pasaran global untuk jadikan BIHC setanding syarikat besar bertaraf antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara BHIC dan Technology Depository Agency Berhad (TDA) untuk pembangunan Polisi Ruang Angkasa Nasional (NAP) dan Pusat Pengurusan Ruang Angkasa Nasional (NASM).
Pada majlis sempena pengajuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA’17) itu, BHIC diwakili Ahmad Ramli, manakala ADC diwakili Ketua Pengawai Esekutifnya, Datuk Zailami Safari.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, BHIC mencatat keuntungan sebelum cukai RM82.2 juta, hasil daripada aktiviti penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) berkaitan pertahanan yang memberi sumbangan ketara kepada hasil dalam tahun semasa.

Projek Cukup Bermakna

Ditanya mengenai usaha sama dengan China, Ahmad Ramli mengakui ia suatu projek yang cukup bermakna terutama dalam membekalkan kemahiran dan pengalaman kepada barisan jurutera dan arkitek untuk berdepan misi ke peringkat global.
“Kerjasama kita untuk LMS bersama China penting untuk timba pengalaman dan naik taraf kemahiran melalui program ini kita akan babitkan jurutera dan artiket kita untuk sesuaikan reka bentuk kapal,” katanya.

“BHIC ada sasaran tersendiri, di mana sasaran kita untuk memasarkan produk bukan sahaja di negara serantau, tetapi mungkin ke pasaran global untuk jadikan BHIC setanding syarikat besar bertaraf antarabangsa”

Comments

Popular posts from this blog

Inilah Dia Wajah Pengasas Gula-Gula Hacks Dengan Jus Sunquick

49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary, Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan

Inspektor Polis Separuh Bogel Di Tangkap Dalam Tandas Wanita