Posts

Showing posts from October, 2017

Seorang Doktor Pakar Di’kencing’ Pesakit Di Ambang Merdeka

Image
DITERBITKAN OLEH : AZ AZMI Tugas seorang doktor bukannya mudah. Tapi, kerjaya lain pun bukannya mudah jugak. Cuma apa yang admin nak sampaikan di sini cabaran yang harus dilalui dan dipikul oleh manusia yang bertitle ‘DOKTOR’. Bukan doktor yang PHD yang pensyarah kat universiti tu tapi nie doktor yang merawat orang sakit. Tugas seorang doktor amatlah berat. Tapi, sejauh manakah tugas seorang doktor dapat dihadam oleh masyarakat kita ? Bagaimana mentaliti masyarakat terhadap tugas seorang doktor ? Apa yang admin nak kongsikan disini ialah bagaimana seorang doktor pakar yang mengharungi cabaran dalam merawat pesakit dan melayan pelbagai ragam masyarakat. Masihkah anda ingat dulu pernah  viral  seorang doktor yang bermain handphone ? Dikatakan doktor itu leka bermain phone sampaikan mengabaikan pesakit. Tapi itu andaian orang ramai. Yang sebenarnya doktor itu sedang meneliti rekod pesakit dalam phone beliau. Itulah masyarakat kita nak sangat  viralkan  tanpa usul periksa. D

Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) Sasar Perluas Operasi Perkapalan

DITERBITKAN OLEH : AL-ONE Sebuah syarikat yang bertapak di Kuala Lumpur iaitu Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) yakin mampu menembusi pasaran global terutama dalam sektor perkapalan tanpa terlalu bergantung kepada kontrak tempatan semata-mata. Pengarah Urusannya, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, berkata keyakinan itu susulan peluasan operasi BHIC, khusunya melalui usahasama dengan sebuah syarikat China untuk kontrak permbekalan kapal misi pesisir (LMS) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membabitkan peruntukan RM1.17 bilion. “Kita diberi peluang oleh kerajaan sebagai antara syarikat peneraju melalui pemberian kontrak bernilai tinggi, namun kita tak mahu terus berharap kepada pasaran tempatan. “BHIC ada sasaran tersendiri, di mana sasaran kita untuk memasarkan produk bukan sahaja di negara serantau, tetapi mungkin ke pasaran global untuk jadikan BIHC setanding syarikat besar bertaraf antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui s

SUPPORTING NAJIB : Kenyataan Pedas Tun Mahathir Kepada Para Penyokong Najib

DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Tun Mahathir yang terkenal dengan kelantangan dalam menyuarakan pandangan terhadap Dato’ Seri Najib kebelakangan ini pada hari ini mengeluarkan lagi kenyataan di laman blognya Chedet.cc. Dalam artikelnya kali ini Tun Mahathir menyasarkan kritikannya kepada para penyokong Perdana Menteri Malaysia sekarang. Ikuti kenyataan penuh Tun Mahathir dari laman blognya. Supporting Najib 1. As a result of the exposure regarding the Altantuya case and 1MDB, Najib is now getting pledges of support from UMNO division heads, BN, MIC, Senators and all kinds of groups. This is what the mainstream press reports. 2. I am not asking anybody to support me. But I am going to ask all those who support Najib to declare they all support his 1MDB, 1MDB borrowing 42 billion Ringgit and his inability to answer where the money is when asked. 3. Do you also support keeping billions of Ringgit in Cayman Islands? Do you also support that having brought back t

Cara Atasi Masalah Roomate Pengotor

Image
DITERBITKAN OLEH : HILMI Bila hidup dalam kolej ni, dah tentu kita akan berkongsi bilik kan. Tak kira lah yang duduk rumah sewa ke, asrama ke, dorm ke. Tapi kalau yang duduk rumah sewa tu, selalu panggil housemate la, bukan housemaid ye. Kalau panggil housemaid, memang kaki singgah kat muka la jawabnya. Pelbagai karenah manusia yang akan anda hadapi dalam hidup anda termasuklah karenah roomate yang pengotor. Bagaimana anda mahu mengatasi masalah ini tanpa menimbulkan sebarang masalah dengan rakan-rakan anda? Satu posting di laman facebook IIUM Confessions telah berkongsi pendapatnya untuk menyelesaikan masalah ini. Assalammualaikum admin dan pembaca. Aku nak kongsi cara mana mana aku berhadapan dengan orang yang pengotor dan tak peka dengan kebersihan. Dalam rumah aku ni, ada empat orang gegadis. Ada dua orang yang memang aku rasa agak out dengan kebersihan. Aku kongsikan ok, mana tahu ada yang boleh cuba cara aku bila berhadapan dengan orang macam ni. Aku bagi n

JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH : Syahr Musafir, Pelajar Cemerlang Di University Adelaide Berkongsi Pengalaman Berkahwin Muda

Image
DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Syahr Musafir, Pelajar Cemerlang Di University Adelaide Dr.  Syahr MusafirZawawi  merupakan Mahasiswa cemerlang dan terpilih menjadi mace bearer pada upacara konvokesyen (17 September 2015) yang memegang ‘tongkat sakti’ iaitu University Mace, disamping mengiringi Chancellor/Presider, serta dapat duduk di barisan hadapan di atas pentas serta berpeluang memberikan ucapan pendek sebagai wakil kepada semua graduan The University of Adelaide, Australia. Beliau tamatkan Degrees (Bach. of Science (Biotech) dan Bach. of Health Science (Honours)) pada hujung usia 23 di universiti yang sama, langsung memulakan PhD pada usia 24 tahun (tidak buat Masters).  Syahr merupakan seorang suami kepada seorang isteri yang sangat supportive dan memahami, dan seorang ayah kepada dua orang cahaya mata. Ada orang kata, beliau masih mentah untuk menjadi seorang suami, ayah dan pelajar PhD pada usia itu. Namun, beliau buat tidak endah sahaja dengan komen-ko

Bermula Jual Produk Secara Dropship, Sekarang Pemuda Berumur 23 Tahun Ini Sudah Ada Produk Brand Sendiri Dan 30 Stokis

Image
DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR Dia adalah seorang pemuda yang baru berumur 23 tahun (muda lagi), dan sudah kahwin.Namanya Che  Eddie Asuan  yang  bermula jual produk secara dropship. Dia mula berniaga masa belajar di IPTA dlm jurusan Diploma Business Study. Dia menjalankan perniagaan dropship dengan menjual monopod. Margin untung hanya sekitar RM5-RM10 sahaja. Selepas tamat pengajian, Eddie sertai pelbagai seminar keusahawan dan bersahabat dengan rakan2 bisnes. Dari situlah, dia dapat kenali dan belajar dengan SifuFBads dan  sekarang pemuda berumur 23 tahun ini sudah ada produk brand sendiri dan 30 stokis. Pada masa yang sama, seorang sahabatnya dah order 100 monopod dari China. Pada ketika itu, Eddie masih belum bekerja. Dia ambil inisiatif untuk jual monopod tersebut secara online di fb dan instagram. Dalam kurang sebulan 100 monopod terjual habis. Pada waktu memuncak bisnes monopod, mulalah ada pesaing membuang harga dan jual murah. Lepas sifu nasihat supa

Dihukum Bunuh Kerana Memiliki Buku

Image
DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Timeline aku hangat pasal pengharaman buku. Kemudian, aku teringat filem ‘The Book Thief’. Peristiwa pengharaman buku yang be rtentangan dengan ideologi Nazism turut dipaparkan dalam filem tersebut. Tapi aku nak kongsikan sebuah sejarah pengharaman, lebih tepat pembakaran buku, pada lebih kurang 2000 tahun dahulu di China. Selepas Qin Shi Huang menyatukan China pada tahun 221SM, penasihatnya, Li Si mencadangkan membendung sebarang bentuk perkembangan intelektual untuk menyatukan pemikiran dan politik. Menurut Li Si, terdapat tiga jenis buku yang sangat berbahaya pada masa itu. Lebih tepat berbahaya dari sudut politik, iaitu puisi, sejarah dan falsafah. Buku-buku puisi dan sejarah mengandungi kisah-kisah pemimpin lama yang telus dan adil. Li Si percaya, kalau masyarakat membaca buku-buku ini, mereka akan cuba membandingkan bentuk pemerintahan zaman dahulu dan zaman mereka duduki. Kemudian, mereka takkan berpuas hati dengan pem

Bom Perang Dunia Kedua Punca Letupan Di Kawasan Pembinaan MRT

DITERBITKAN OLEH : HILMI Letupan bom lama peninggalan Perang Dunia ke 2 dikenal pasti punca tragedi menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian di tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi. “Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh. Berikut merupakan sedikit info tentang kejadian tersebut; 1. Jenis bom tidak di jelaskan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak menjelaskan dengan terperinci jenis bom itu dan hanya memberitahu The Star, “Bom itu meletup dengan sendirinya semasa kerja-kerja pembinaan sedang berjalan”. 2. Dua pekerja pembinaan putus kaki semasa letupan Malang tidak berbau apabila tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dan dua daripadanya putus kaki manakala seorang lagi pekerja cedera di tangan serta kaki. Mangsa yang terlibat di hantar ke hospital Kuala Lumpur dan di laporkan

Adakah Ini Ujian Hidup ? – Ustaz Yusuf Mansur

Image
DITERBITKAN OLEH : AZ AZMI Ada sesetengah orang, hidupnya sempit berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun kahwin masih hidup susah dan melarat, nak kata pemalas tidak juga, kerjanya kuat, dari pagi sampai ke tengah malam, tapi rezekinya tetap tidak bertambah-tambah, hutangnya keliling pinggang. Cuba berniaga, 10 kali cuba, 10 kali lingkup.. Mengapa ya? Adakah ini dinamakan ujian hidup? Menurut Ustaz Yusuf Mansur, di dalam hidup ini ada 2…. Pertama di panggil “ujian” dan kedua ialah “azab” yang Allah berikan. Jika “Ujian”, ubatnya adalah “SABAR”. Dengan sabar, insyallah kita akan dapat mengharungi ujian tersebut dan akhirnya, pasti kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Ujian ini tidak lama, selalunya sekejap sahaja.. mungkin 1-2 tahun, paling lamapun mungkin 7 tahun. (Nabi Ayub adalah nabi yang paling sabar di uji Allah dengan penyakit kulit selama 7 tahun). Tapi, jika sudah 10, 15 atau 20 tahun hidup, tapi kehidupannya tak pernah nak senang, rezekinya se

Motivasi Dari Randy Pausch, Melihat “Masalah” Kanser Sebagai Satu Masalah Engineering

Image
DITERBITKAN OLEH : MOHAMAD HAFIZZ Randy Pausch, 47 tahun,  adalah professor sains komputer di Carnegie Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008. Kalau kita search nama dia di En Google, kita akan dapat results yang banyak mengaitkan beliau dengan virtual reality. Kerana dia seorang scientist, dia melihat “masalah” kanser dia sebagai satu masalah engineering! Begitu praktikal dan logik!. Dia menulis buku “The Last Lecture” pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan. Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, “Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik” untuk isteri dan anak-anaknya. Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda. 1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka. 2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda