Posts

Showing posts from December, 2018

Kini Saya Bebas Untuk Lakukan Apa Sahaja, Boleh Tidur Lena – Rosmah Mansor

Sumber Rujukan : Sinar Harian DATIN Seri Rosmah Mansor mengakui kini boleh tidur lena biarpun beberapa bekas rakan sekutunya kini berpaling tadah ekoran kekalahan suaminya Datuk Seri Najib Razak memimpin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Beliau berharap segala masalah yang sedang melanda beliau dan keluarganya dapat diselesaikan dengan cara baik. Beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu berkenaan yang kini menyalahkan suaminya. “Perkara biasa dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan.” “Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan,” katanya. Rosmah menyatakan bahawa fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya dan yakin kehidupannya akan kembali normal. “Buat masa ini, kami hadapi apa jua yang berlaku dengan baik. Berada dalam

Pekerjaan Yang Pernah Dilakukan Oleh Ahli Politik Sebelum Memasuki Bidang Politik

Image
Pernahkah anda terfikir apa yang dilakukan oleh Ahli politik sebelum mereka menceburi bidang politik Malaysia yang penuh dengan liku-liku ini? Berikut merupakan ahli politik Malaysia dan pekerjaan mereka. 1. Dato’ Sri Najib Razak Selepas graduate daripada Universiti Nottingham di England dengan ijazah sarjana muda industri ekonomi, beliau telah pulang ke Malaysia pada tahun 1974. Beliau berkhidmat sementara di Bank Negara dan selepas itu beliau bekerja untuk Petronas sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Bagaimanapun, penglibatan beliau dalam dunia koporat tidak kekal lama. Selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak pada tahun 1976, beliau telah dipilih untuk menggantikan kekosongan kerusi parlimen yang di tinggalkan oleh ayahnya. Beliau menang pemilihan  tersebut dan menjadi Ahli Parlimen pada usia yang muda iaitu 23 tahun, dan mempertahankan kerusi di Pekan sehingga sekarang. 2. Tun Dr Mahathir Mohamad Pada zaman kanak-kanak, Tun pernah menjual kopi, goreng pisang

Suasana Politik Di Jepun Ada Persamaan Dengan Politik Malaysia Hari ini

Image
Sumber Rujukan : Ayman Rashdan Wong Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bersetuju membubarkan Parlimen negara ini bagi memboleh­kan pilihan raya diadakan lebih awal. Proses pengundian yang berlangsung setahun lebih awal itu dijangka diadakan pada 22 Oktober depan, lapor BBC. Ada saudara kita bernama Ayman Rashdan Wong di Facebook berkongsi tentang apa yang berlaku mengenaik politik dan parliment Jepun. Rupa-rupanya suasana politik di Jepun ada beberapa persamaan dengan suasana politik di Malaysia yang kita dapat lihat. Berikut adalah teks yang dikarang beliau. Pilihanraya Jepun akan diadakan pada 22 Oktober. PM bertahan, Shinzo Abe daripada Liberal Democratic Party (LDP) dicabar oleh barisan pembangkang yang dipimpin oleh Gabenor Tokyo, Yuriko Koike. Koike (baca Ko-ike bukan Koi-ke) dulu adalah ‘BFF’ Abe. Pernah menjadi menteri pertahanan di bawah Abe. Tapi Koike keluar daripada LDP dan menubuhkan parti Kibō no Tō (希望の党) yang bermaksud Parti Harapan (aik,