Posts

Showing posts from May, 2018

Inilah Dia Wajah Pengasas Gula-Gula Hacks Dengan Jus Sunquick

Image
DITERBITKAN OLEH : AZ AZMI GULA-GULA HACKS DAN JUS SUNQUICK…INILAH TAUKEHNYA! Kalau aku sebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer mungkin tak ramai yang kenal. Tetapi kalau aku sebut gula-gula Hacks dengan jus Sunquick kalau tak tahu juga sajalahkan. Kalau korang nak tahu, inilah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia sejak sekian lama. Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50’an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akib

49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary, Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan

Image
DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Berikut ialah perkongsian yang sangat jarang untuk didapati iaitu 49 nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary, khas buat para usahawan & bakal usahawan yang dikumpulkan melalui perkongsian yang beliau buat secara tertutup. Sebelum itu, mari kita lihat secara ringkas biodata beliau. Tan Sri  Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary  merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009. Menurut majalah  Malaysian Business  beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara,

Tips Mengesan Kecacatan Rumah Baru

Image
DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi. Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah. PERALATAN : ***Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda. ***Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape. ***Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya

KES MONA FENDY PALING TINGGALKAN KESAN: Zaman Khan, Ketua Pegawai Penjara Berkongsi Kisah Misteri

DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT KETIKA dalam perkhidmatan dan mengendalikan pelbagai kes terutama yang berprofil tinggi termasuk kes Mona Fandey, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan, 76, berdepan pelbagai peristiwa pelik dan misteri. Namun, yang lebih menarik ialah kisah keris yang tiba-tiba hilang dalam simpanan di laci rumahnya dan kemudian muncul semula di tempat sama, tetapi ada kesan tanah. “Ramai mendakwa, saya ada pakai tangkal ketika menjalankan tugas. Beginilah… ini kali pertama saya bercerita mengenai perkara ini. Dulu, saya ada kenalan seorang Jawa. Suatu hari, dia panggil saya ke rumahnya dan berikan saya sebilah keris kecil, pendek. Sarungnya pula ada ukiran, tapi bukan ayat. Hampir 15 tahun kemudian, saya bertemu seseorang yang berasal dari Indonesia. Dia memberitahu ada hajat dan tahu, saya pernah menerima (hadiah) keris suatu ketika dulu. Saya terkejut, macam mana dia tahu dan membawa ‘pasangan’ keris yang saya terima dulu. Dia beri saya sebil

Tun M Mengziarah Pusara Allahyarham Fadzil Noor

DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohammad menziarahi pusara bekas  Presiden PAS,  Allahyarham Datuk Fadzil Noor, petang Sabtu lepas bukan semata-mata meraih undi tetapi atas hubungan silaturahim yang telah lama terjalin pada ketika dulu kala. Menurut Muhammad Faiz  Fadzil yang merupakan anak kelima Allahyarham, keluarganya tidak merasa hairan dengan kunjungan bekas perdana menteri  22tahun tersebut di  Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Faiz yang juga merupakan calon Harapan Dun Permatang Pasir, Pulau Pinang, berkata, doa Allahyarham pernah dilafazkan suatu ketika dahulu yang mahu Mahathir dipanjangkan umur termakbul. “Kami sekeluarga mengimpikan perubahan kepada Tun. Kami tidak rasa pelik kerana Tun pernah lawat arwah semasa koma di HUKM pada 2002. Saya percaya kunjungan ke pusara adalah satu penghormatan buat arwah. “Apa yang berlaku hari ini adalah satu manifestasi doa arwah agar Tun dipanjangkan umur untuk melihat sendir

Pembunuhan Memali : ARAHAN Kepada Pegawai- OPERASI MENGGEMPUR KOMUNIS!”

DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT “Masa peristiwa Memali empat orang anggota polis terbunuh. Yang paling tinggi pangkat adalah Inspektor. Inspektor Azmi namanya. Semua mereka mati terkena tembakan. Dari mana datangnya peluru yang membunuh mereka? Penduduk kampung yang berkubu di rumah As-Syahid Ibrahim Libya tiada senjata api. Mereka hanya ada senjata kampung sahaja. Ada 3,600 lebih anggota polis yang datang dan lepaskan tembakan membuta tuli. Tembak As-syahid Ibrahim Libya tak kena, tembak orang kampung tak kena, kena sesama mereka sendiri! Arwah ayah saya ketika berceramah di Kota Bharu, datang bapa mertua arwah Inspektor Azmi berjumpa dengannya. Dia mewakili Inspektor Azmi minta maaf dengan ayah saya, minta maaf dengan mangsa yang terkorban di Memali, minta maaf dengan semua mangsa-mangsa di Memali. Katanya, anaknya beritahu suaminya (Inspektor Azmi) pergi ke Memali atas ARAHAN untuk OPERASI MENGGEMPUR KOMUNIS!” Allahurabbi.. Celakalah mereka yang bertang

PILIHANRAYA UMUM 14 : Ketidakcekapan Undi Pos

Image
DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Amaran – Ini kisah yang panjang. Selepas baca, mohon keluar mengundi pada 9 Mei bagi pihak saya. Terima kasih saya ucapkan. Bismillahirrahmanirrahim, Sekarang, jam 2.36 petang waktu United Kingdom (UK), 5hb Mei 2018. Jam 9.36 malam di Malaysia, dan masih 5 Mei 2018. Tarikh yang ditetapkan pihak SPR untuk pengundi pos. Empat (4) hari sebelum tarikh pengundian sebenar berlaku. Pada saat status ini ditulis, saya masih BELUM menerima sebarang kertas undi. Ya, masih belum ada bayangnya, walaupun pada hari undi pos ditetapkan. Untuk makluman, semua undi pos mesti dihantar semula ke alamat yang diberitahu, sebelum jam 5 petang pada 9hb Mei 2018 waktu Malaysia, bermakna jam 10 pagi pada 9 Mei waktu UK. Iaitu, kurang dari empat hari, jadi berbaki sekitar 3 hari lebih sahaja. Oh ya, hari ini hari Sabtu, esok Ahad, dan lusa pula Isnin, iaitu hari cuti pekerja rakyat di UK. Maka, hari bekerja adalah hari Selasa sahaja, dan pagi Rabu seb

Ringkasan Peristiwa Pembunuhan Memali 1985

Image
DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu. 1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas. 2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah. 3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri). 4) dalam usaha untuk menghenti

Keluarga Tak Izinkan Tun M Ziarah Makam Ayahanda Tok Guru

Image
DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Seorang anak allahyarham mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini berkumpul bersama penyokong di pusara ayahandanya di Kota Bharu bagi menghalang lawatan Dr Mahathir Mohamad. Nik Adli ketika ditemui Malaysiakiniberkata, beliau mewakili pihak keluarga tidak mengizinkan ziarah pemimpin tersebut. “Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas pilihan raya umum. “Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang, ” katanya yang pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan terlibat kegiatan pengganas. Kelihatan juga seorang lelaki mengunci tanah perkuburan di Pulau Melaka itu. Sebuah lori juga diletakkan oleh Nik Adli di depan pintu pagarnya. Semalam Mahathir telah menziarahi kubur bekas presiden PAS, allahyarham Datuk Fadzil Noor di Kedah. Dr Mahathir dijadualkan hadir ke dua program lain di Kelantan, hari ini iaitu progr