Posts

Showing posts from January, 2018

Pok Ya Cong Codei Cerita Orang Gedebey Kelantan

Image
DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR Telemovie Pok Ya Cong Codei ni memang korang kena tengok. Sabri Yunus menggarap cerita ini dengan sangat baik walaupun aku harapkan watak Rashdan (Fikri) lebih baik bermaian dalam permainan emosi. Ini kerana cerita ini banyak unsur komedi dan permainan emosi tu dipaksikan pada watak rashdan. Plot cerita ini bergerak pada Pok Ya yang dilakonkan otai Sabri Yunus. Watak Mustapha Kamal pun tak perlu dikomen lagi. Dia dengan Sabri Yunus memang menjadi terutama sekali ketika babak mereka dalam satu frame. Watak yang sangat jujur, semulajadi dan bersahaja menunjukkan Sabri Yunus berada dalam kelas tersendiri. Skrip yang mencuit hati dan bahasa yang tidak terlalu dramatik. Dia bukan la gangster yang acah-acah gentleman cakap lembut dengan perempuan. Dalam kasar bahasanya ada sayangnya dia dengan bini dan anak-anak buah dia juga. Watak Pok Ya adalah definisi gangster otai yang memiliki anak buah dan rakan yang sanggup mati demi beliau kerana d

Gara-gara Live Di Facebook Bersama Wang Ringgit Dan Barang Kemas Telah Disamun Dan Ditembak

Image
DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR Akibat live di facebook seorang pengusaha alat komestik iaitu  Mohd Irfan  atau lebih dikenali  Sifu Cempaka  telah menjadi mangsa samun dan tembak pada awal pagi tadi di Rantau Panjang Kelantan. Beliau sering melakukan Live Facebook untuk mempromosikan produknya. Menurut laporan, mangsa didakwa ditembak di bahagian kaki dan kemungkinan mangsa juga dipukul di bahagian kepala. Masa kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, sekumpulan perompak melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 dan wang tunai RM8,000. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata pihak polis terpaksa memecahkan pinju jeriji yang dipercayai dikunci oleh suspek. Mohd Irfan  atau lebih dikenali  Sifu Cempaka  dikatakan sememangnya terkenal dengan perniagaan Live di Facebook dan telah mempunyai pengikut serta pelanggan setianya yang tersendiri.

Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Diugut “Polis” Melalui Telefon

Image
DITERBITKAN OLEH : PAKDO Penipuan sindiket melalui telefon semakin menjadi-jadi di Malaysia. Terdapat pelbagai modus operandi bagi menipu orang awam telah dilakukan. Ikuti perkongsian Puan Fazimah Md Bazid mengenai sindiket yang menyamar sebagai polis bagi memperdayakan bakal mangsa. Bismillahirrahmannirrahim & Assalamualaikum W.B.T. Ini cerita pagi ini saya nak berkongsi dengan semua ahli keluarga, saudara mara & sahabat-sahabat di Facebook. Saya menerima panggilan daripada 04-7742022, sebuah panggilan dari pihak Kastam di Kedah. Pegawai tersebut bernama Mohd Riduan bin Samsul WK04. No ruj kes UKKK786/12/2017. Saya dimaklumkan bahawa notis amaran terakhir telah dikeluarkan pada hari ini berkenaan GST sebanyak RM16,000.00 yang masih tertunggak akibat daripada rampasan telefon bimbit Samsung sebanyak 103 unit yg dirampas pada 27.4.2017 di Kastam checkpoint Bukit Kayu Hitam. Pihak Kastam telah membacakan nama penuh dan nombor kad pengenalan pelaku dan ia sama

Milo Sebagai Minuman Yang Tidak Sihat?

Image
DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR Sekarang tengah viral satu video yang kecam  MILO sebagai minuman yang tidak sihat tetapi diiklankan sebaliknya.  MILO dah keluarkan kenyataan rasmi berkenaan dakwaan itu. Apapun, mari lihat sedikit  fakta tentang MILO  dan cara rakyat Malaysia menikmatinya. 1. MILO adalah produk Australia. Dicipta oleh Thomas Mayne pada tahun 1934 sebagai minuman pelengkap ketika kemelesetan ekonomi yang berlalu ketika itu. 2. Nama MILO diambil sempena Milo de Croton —seorang atlet olahraga Yunani yang dikatakan mempunyai kekuatan luar biasa. 3. MILO diperkenalkan sebagai minuman pelengkap nutrisi buat kali pertama di Malaysia(ketika itu Malaya) pada 1950, 15 tahun selepas ia dilancarkan di Australia. 4. Kini hampir semua isi rumah di Malaysia memiliki MILO. Malah, hampir semua restoren di Malaysia menyediakan MILO, termasuk di restoren makanan segera. 5. Kilang MILO terbesar berada di Malaysia. Kita pengguna terbesar MILO, iaitu 90% daripada

Dua Lelaki Mengalami Letih Dan Lemah Yang Teruk Dipercayai Selepas Meminum Sejenis Kopi

Image
DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR Dua lelaki mengalami simptom letih dan lemah yang teruk, dipercayai selepas meminum sejenis kopi. Sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah berkata, dua lelaki itu mendakwa gejala berkenaan berlaku selepas minum sejenis kopi, dan mengalami beberapa simptom antaranya letih dan lemah yang teruk. Pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan dua lelaki itu serta sedang membuat beberapa ujian termasuk ujian darah ke atas mereka untuk mengenal pasti punca sebenar. Disamping itu, akan mendapatkan sampel kopi berkenaan untuk diuji bagi memastikan sama ada ia berpunca daripada minuman itu atau tidak. Beliau meminta orang ramai yang mengalami simptom sama supaya mendapatkan rawatan segera di mana-mana klinik atau hospital berdekatan mereka. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau har