Posts

Kini Saya Bebas Untuk Lakukan Apa Sahaja, Boleh Tidur Lena – Rosmah Mansor

Sumber Rujukan : Sinar Harian DATIN Seri Rosmah Mansor mengakui kini boleh tidur lena biarpun beberapa bekas rakan sekutunya kini berpaling tadah ekoran kekalahan suaminya Datuk Seri Najib Razak memimpin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Beliau berharap segala masalah yang sedang melanda beliau dan keluarganya dapat diselesaikan dengan cara baik. Beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu berkenaan yang kini menyalahkan suaminya. “Perkara biasa dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan.” “Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan,” katanya. Rosmah menyatakan bahawa fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluarganya dan yakin kehidupannya akan kembali normal. “Buat masa ini, kami hadapi apa jua yang berlaku dengan baik. Berada dalam

Pekerjaan Yang Pernah Dilakukan Oleh Ahli Politik Sebelum Memasuki Bidang Politik

Image
Pernahkah anda terfikir apa yang dilakukan oleh Ahli politik sebelum mereka menceburi bidang politik Malaysia yang penuh dengan liku-liku ini? Berikut merupakan ahli politik Malaysia dan pekerjaan mereka. 1. Dato’ Sri Najib Razak Selepas graduate daripada Universiti Nottingham di England dengan ijazah sarjana muda industri ekonomi, beliau telah pulang ke Malaysia pada tahun 1974. Beliau berkhidmat sementara di Bank Negara dan selepas itu beliau bekerja untuk Petronas sebagai Pengurus Hal Ehwal Awam. Bagaimanapun, penglibatan beliau dalam dunia koporat tidak kekal lama. Selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak pada tahun 1976, beliau telah dipilih untuk menggantikan kekosongan kerusi parlimen yang di tinggalkan oleh ayahnya. Beliau menang pemilihan  tersebut dan menjadi Ahli Parlimen pada usia yang muda iaitu 23 tahun, dan mempertahankan kerusi di Pekan sehingga sekarang. 2. Tun Dr Mahathir Mohamad Pada zaman kanak-kanak, Tun pernah menjual kopi, goreng pisang

Suasana Politik Di Jepun Ada Persamaan Dengan Politik Malaysia Hari ini

Image
Sumber Rujukan : Ayman Rashdan Wong Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe bersetuju membubarkan Parlimen negara ini bagi memboleh­kan pilihan raya diadakan lebih awal. Proses pengundian yang berlangsung setahun lebih awal itu dijangka diadakan pada 22 Oktober depan, lapor BBC. Ada saudara kita bernama Ayman Rashdan Wong di Facebook berkongsi tentang apa yang berlaku mengenaik politik dan parliment Jepun. Rupa-rupanya suasana politik di Jepun ada beberapa persamaan dengan suasana politik di Malaysia yang kita dapat lihat. Berikut adalah teks yang dikarang beliau. Pilihanraya Jepun akan diadakan pada 22 Oktober. PM bertahan, Shinzo Abe daripada Liberal Democratic Party (LDP) dicabar oleh barisan pembangkang yang dipimpin oleh Gabenor Tokyo, Yuriko Koike. Koike (baca Ko-ike bukan Koi-ke) dulu adalah ‘BFF’ Abe. Pernah menjadi menteri pertahanan di bawah Abe. Tapi Koike keluar daripada LDP dan menubuhkan parti Kibō no Tō (希望の党) yang bermaksud Parti Harapan (aik,

Inilah Dia Wajah Pengasas Gula-Gula Hacks Dengan Jus Sunquick

Image
DITERBITKAN OLEH : AZ AZMI GULA-GULA HACKS DAN JUS SUNQUICK…INILAH TAUKEHNYA! Kalau aku sebut nama Datuk Seri Barkath Ali Hj Abu Backer mungkin tak ramai yang kenal. Tetapi kalau aku sebut gula-gula Hacks dengan jus Sunquick kalau tak tahu juga sajalahkan. Kalau korang nak tahu, inilah pemilik Kumpulan Barkath, syarikat yang menghasilkan gula-gula Hacks dan jus Sunquick di Malaysia sejak sekian lama. Asalnya bapa Barkath, arwah Haji Abu Backer buka kedai runcit kecil Barkath Stores di Pulau Pinang. Pada era 50’an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu. Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura Dalam tahun 1965, akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akib

49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary, Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan

Image
DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT Berikut ialah perkongsian yang sangat jarang untuk didapati iaitu 49 nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary, khas buat para usahawan & bakal usahawan yang dikumpulkan melalui perkongsian yang beliau buat secara tertutup. Sebelum itu, mari kita lihat secara ringkas biodata beliau. Tan Sri  Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary  merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009. Menurut majalah  Malaysian Business  beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara,

Tips Mengesan Kecacatan Rumah Baru

Image
DITERBITKAN OLEH : KID_ EDITOR Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi. Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah. PERALATAN : ***Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda. ***Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape. ***Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya

KES MONA FENDY PALING TINGGALKAN KESAN: Zaman Khan, Ketua Pegawai Penjara Berkongsi Kisah Misteri

DITERBITKAN OLEH : EDITOR DAILY RAKYAT KETIKA dalam perkhidmatan dan mengendalikan pelbagai kes terutama yang berprofil tinggi termasuk kes Mona Fandey, Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan, 76, berdepan pelbagai peristiwa pelik dan misteri. Namun, yang lebih menarik ialah kisah keris yang tiba-tiba hilang dalam simpanan di laci rumahnya dan kemudian muncul semula di tempat sama, tetapi ada kesan tanah. “Ramai mendakwa, saya ada pakai tangkal ketika menjalankan tugas. Beginilah… ini kali pertama saya bercerita mengenai perkara ini. Dulu, saya ada kenalan seorang Jawa. Suatu hari, dia panggil saya ke rumahnya dan berikan saya sebilah keris kecil, pendek. Sarungnya pula ada ukiran, tapi bukan ayat. Hampir 15 tahun kemudian, saya bertemu seseorang yang berasal dari Indonesia. Dia memberitahu ada hajat dan tahu, saya pernah menerima (hadiah) keris suatu ketika dulu. Saya terkejut, macam mana dia tahu dan membawa ‘pasangan’ keris yang saya terima dulu. Dia beri saya sebil